NADI Kampung Tekajong

Dalam semarak merah putih biru kuning,
kita berkumpul menyulam rasa cinta pada tanah air.
Merdeka bukan sekadar laungan,
tetapi jiwa yang merdeka bersatu demi Malaysia tercinta.

PROGRAM KHAS SAMBUTAN MERDEKA & HARI MALAYSIA @ NADI

📅 Tarikh: 7 September 2025
📍 Lokasi: NADI Kampung Tekajong

🎉 Antara aktiviti menarik :
✅ Pertandingan Mewarna Hari Kemerdekaan
✅ Pertandingan Menghias Makanan (Menu Bebas)
✅ Kelas Kesedaran E-sukan
✅ Tayangan Siaran Ulangan Sambutan Kemerdekaan
✅ Saringan Kesihatan
✅ Sesi Live Bersama YB Menteri Komunikasi
✅ Penyampaian Hadiah Menarik 🎁

Pihak NADI Kampung Tekajong ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Program Khas Sambutan Merdeka & Hari Malaysia @ NADI. ❤️

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada para peserta, ibu bapa serta anak-anak yang hadir memeriahkan sambutan Kemerdekaan ini.
Semoga semangat kebersamaan, perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air terus subur mekar dalam jiwa kita semua.

Salam Kemerdekaan & Selamat Hari Malaysia!

#NADIMCMC #MERDEKADINADI #NADIMALAYSIA #NADITekajong