NADI Kampung Tekajong

22 Disember 2025 (Isnin)

PROGRAM CUTI SEKOLAH @NADI: KIDVENTURE – CUTI SEKOLAH BIJAK & PRODUKTIF

Program KidVenture di bawah inisiatif Program Cuti Sekolah @NADI telah dilaksanakan pada 22 Disember 2025 bermula jam 10.00 hingga 11.00 pagi secara dalam talian.

Program ini memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak berkaitan topik keusahawanan, meliputi aspek asas seperti pengurusan produk, perancangan, pelanggan dan kewangan melalui pendekatan pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan.

Pada hari ini, peserta Akalil telah menyertai program ini dengan baik dan menunjukkan minat terhadap pengisian yang disampaikan. Peserta turut menerima kit latihan dalam talian dan akan diberikan sijil penyertaan selepas tamat program.

Diharapkan program ini dapat membantu membentuk minda kreatif, produktif dan berdaya saing dalam kalangan kanak-kanak sepanjang cuti sekolah.

Facebook page  : https://www.facebook.com/NADITekajong
Titktok       : https://www.tiktok.com/@nadi.tekajong
Intstagram : https://www.instagram.com/nadi_tekajong
Portal         : http://kgtekajong.nadi.my/