22 Disember 2025 (Isnin)
PROGRAM CUTI SEKOLAH @NADI
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan sukacitanya menganjurkan Program Cuti Sekolah @NADI yang akan berlangsung sepanjang 22 hingga 30 Disember 2025.
Pelbagai pengisian menarik, interaktif dan berunsur pendidikan telah disediakan bagi mengisi masa lapang murid dan belia sepanjang cuti sekolah, antaranya:
- Dilea Tuisyen Rakyat
- Tiny Techies
- Mahir Foto
- Cybersecurity – Siri Edusiber di NADI
- eSport (eFootball Mobile Tournament)
- NADI Care (Webinar / Podcast)
- eKelas
- Kempen Internet Selamat (KIS)
- KidVenture
Program ini merangkumi pelaksanaan webinar secara langsung, video pra-rakam, kuiz interaktif, pertandingan, serta aktiviti pembelajaran digital yang selamat dan menyeronokkan.
Orang ramai khususnya ibu bapa, murid dan belia dijemput untuk menyertai program-program yang ditawarkan bagi meningkatkan kemahiran digital, kreativiti serta kesedaran keselamatan siber.
Untuk maklumat lanjut dan penyertaan, sila layari platform rasmi NADI Malaysia.




