NADI Kampung Tekajong

2 OGOS 2025

Deskripsi Program:Program Gotong-Royong Madani anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kg Tekajong merupakan inisiatif bersama bagi memperkukuh semangat kerjasama komuniti sekolah dan penduduk setempat dalam menjaga kebersihan serta menceriakan kawasan sekolah. Program ini dijadualkan berlangsung pada 2 Ogos 2025 (Sabtu) bertempat di SK Kg Tekajong bermula jam 8.00 pagi.

Melalui aktiviti gotong-royong ini, para peserta akan berganding bahu menjalankan kerja-kerja pembersihan, menceriakan kawasan sekolah, dan menyemai semangat Madani dalam kalangan warga komuniti. Penyertaan aktif daripada penduduk kampung amat dialu-alukan bagi memastikan kelancaran dan kejayaan program.